2012 TILL 2013

Assalamualaikum.

Disebabkan dah lama tidak menghapdet. (Nak hapdet je ada kerja. Nak hapdet je mama panggil. Nak hapdet je ada je halangan) Jadi aku berfikir untuk satukan semuaa cerita yang aku nak cerita dalam satu entry. Hebat tak hebat?



Tadaaaaa. Comel tak ketam tu? Kahkahkah. Yang perempuan comel-pegang-anak-ketam itu bukan aku tapi Kak Syamila. Kakak berukuran tinggi yang pertama aku pernah jumpa. Ye betul dia sangat tinggi dan ciyomel. (Yang kedua Kak Fuza my dear bos pun sangat tinggi ke aku yang makin pendek?) Dan InshaAllah she will be my sister in law soon. Err my brother's wife. Weettwiiitttt nak tawen dah semorang foine foine.


Dah gemok dah anak Mama Ayah ni (-__-) Ceritanya kalau Abang dengan Kak Syamila dating memang kami (aku dan adik adik kakaka) memang wajib ikut. Menyibuk menyibuk tu dah jadi perkara biasa dah bagi kami adik beradik. Untung lah kan pernah sekali tu dalam sehari bertempat-tempat kita g kan Kak kan. Sampai kereta Abang betri habis pun kita pernah tolak kat tengah-tengah jalan. Bulan puasa pulak baru habis shoping dekat Jalan TAR kakakah. Aku ni pun bukan jenis kaki rayap. Dah Abang ajak, comfirm aku takkan lepaskan peluang keemasan.


Siapa kenal perempuan misteri bertudung merah ini? Teneneneneeeeyyy. Please jangan sebut "ipar-ipar" lagi okay please sensitip! Kakaka. Sorry Min, hajat kita untuk beripar-ipar tidak kesampaian. Biarlah kenangan lama itu terus menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita berdua. Perasaan kasih sayang akak tetap sama seperti dahulu semasa mula mula kita bertemu Min. Trust me. (Ayat takleh nak blaa lagi?)


Sebelum balik aku belikan Big Apple suh dia makan dekat hostel. And she was like "Alaaa akakkkk (pegang-pegang tangan malu) Bagitahu ayah.. Bagitahu ayah" Hahaha so cute lah Yasmin ni!! Pasni jangan serik keluar dengan akak lagi tau tau tau :->


Aku memang sibuk sikit sejak kerja. Cuti pun sekarang dah dua minggu sekali. Cuma minggu ni je lah tak sangka cuti mengejut sekali 4 hari bederet aku rasa macam dah taktahu jalan nak pegi kerja dekat mana dah (pardon me). Jadi, aku minta maaf sebab kemungkinan besar aku dah jarang menghapdet blog ni. Plus memang dah takde idea nak hapdet apa.

Aku memang betul-betul rindu masa zaman belajar dulu. Rindu woi rindu woi woi woi (sesuka panggil woi). Kalau lah aku boleh ulang balik masa. 18 tahun, 19 tahun, 20 tahun, 21 tahun.. Aaarhhh banyak betul yang nak aku alter (boleh pulak). Tapi, nak buat cemana. Apa yang baik, kita teruskan perbaiki ke arah yang lebih baik. Apa yang kurang baik, kasi lebih baik. Apa yang tak baik langsung, jangan buat pape. Buang jauh-jauh. Biar sama-sama cemerlang. Usaha cemerlang, Tawakkal pun cemerlang. Jangan usaha je lebih kata dah usahalah itulah inilah. Dah kau taknak berdoa sombong, memang tak aahh Tuhan nak kabulkan kan? Sama-sama lah ek. InshaAllah :-)


Konvo nanti jangan lupa datang KUIS untuk bagi bunga dekat saya!
*pesan awal-awal*

Wassalam.

NAK CERITA SIKIT, BOLEH? :-)

Bismillahirrahmanirrahimmmmmmmmmmm.

Dan . .

Assalamualaikum semua :-)


Gadis yang poyo cun dekat gambar atas ni, namanya Yasmin.

Dia tak lah berapa cun sebenarnya.

Namun diatas doa kawan2 nya yang baik hati.

Selalu puji dia cun.

Maka Allah kabulkan doa mereka.

Jadi cun lah gadis tersebut.

Dia seperti gadis-gadis yang lain juga.

Punya mata.

Punya hidung.

Punya segalanya.

Alhamdulillah.

Dia patut bersyukur.

Ye, itu semua hanyalah pinjaman.

Dari Allah.

Untuk dia.

Dulu masa kecik, dia ni cengeng orangnya.

Mama dia marah sikit, merajuk.

Marah sikit, merajuk.

Satu aje tempat dia bergantung masa kecik.

Ayah.

Ubat dia masa merajuk, cuma ayah.

"Ayah, mama marah :-("

"Iye? Meh babap mama meh"

Lalu si anak kecil tersenyum.

Dan tidak lagi menangis.

"Sayang ayah"

Bila meningkat remaja.

"Ma, macam mana ek nk siang ikan?"

"La anak dara sorang ni, siang ikan pun tak reti. Macamni ha"

Lalu hubungan mereka rapat.

Segala masalah si mama lah tempat diluahkan.

"Sayang mama"

Si gadis ini juga seorang yang pemalu.

Dan ye.

Dia pemalu.

Mungkin kawan kawan sekolej dengannya.

Akan terkekeh kekeh baca.

Dan bacalah ini wahai kawan2 si gadis.

Rasa sayangnya terhadap kawan2.

Cuma Allah yang tahu.

Semoga doa sentiasa mengiringi kejayaan kawan2nya.

Dan . .

Bagi kawan, si gadis ni semestinya bukan lah seorang pemalu.

Boleh jadi dia banyak cakap.

Boleh jadi dia banyak gelak.

Boleh jadi dia banyak gurau.

Boleh jadi dia banyak mengusik.

Tapi jauh disudut hati si gadis.

Ada 1001 rasa malu.

Yang memang lumrah kejadian Hawa.

Ramai yang fikir, si gadis ni tentulah tersangat sangat bertuah.

Cantik.

Comel.

Cun.

Dah lah manis, baik pulak tu (=.=)

Perfect.

Pokoknya sempurna.

Namun mereka mungkin terlupa.

Tidak ada satu manusia pun yang sempurna.

Begitu juga si gadis.

Walaupun si gadis tahu.

Apa yang dikatakan oleh mereka.

99% daripadanya adalah benar.

Namun si gadis sedar.

Masih banyak yang perlu dipelajari.

Masih banyak yang perlu diisi.

Masih banyak yang perlu dibukti.

Dia tidaklah sesempurna yang disangka.

Kadang lemah juga berlawan dengan nafsu dunia.

Kadang menitis juga airmata atas sebab yang entah apa2.

Kadang mulut lancang juga menyakitkan hati saudari saudara.

Maafkanlah si gadis ini, ya?

Meskipun begitu.

Dia masih memegang kuat cita2nya.

Utk berbakti pada agama.

Untuk buat mama ayah bangga.

Untuk buat kawan2nya bahagia.

Dan . .

Untuk jadi seorang gadis solehah.

Untuk jadi anak yang solehah.

Untuk jadi muslimah yang solehah.

Walaupun masih jauh utk dia capai gelaran tu.

Sekurang2nya dia jadi yang lebih baik.

Dari yang sebelum.

Dan harini.

Genap lah usia si gadis.

Yang dulunya cengeng.

Kuat merajuk.

Poyo cun.

Dan sebagainya.

Telahpun genap 21tahun.

Kerana Allah sayangkan si gadis.

Allah pertemukan lagi buat kali ke 21.

Untuk si gadis, dengan 29 september.

Dan itu bermakna.

Allah masih beri peluang pada si gadis.

Untuk terus capai cita2nya.

Untuk jadi wanita solehah.

Dunia juga akhirat.

Dan dengan ini, mohon pada semua yang membaca.

Tolong doakan si gadis ini.

Semoga terus dipeliharakan hatinya.

Semoga terus istiqomah.

Dan . .

Semoga solehah.

:-)


"Dan DIA pertemukan lagi buat kali ke 21, aku, dengan 29 september. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah"


"PERBEZAAN" BUAT KITA SALING MELENGKAPI.

Perbezaan yang macam mana?

"Erm, scroll bawah dulu ya" 

(-__________-)

Ehem. Dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Malam, pasangannya siang.
Langit, pasangannya laut.
Gula, pasangannya garam.
Pensel, pasangannya pemadam.

Pada mata kasar, memang pasangannya tak sama sifat. Bukti?

Malam gelap. Siang terang (kecuali hujan)
Langit sangat-sangat lah tinggi ke atas. Laut subhanallah dalamnya ke bawah.
Gula rasanya manis. Garam masin.
Pensel wujud utk melakar menulis melukis. Pemadam tugasnya utk memadam.

Kan lain? Ehem,
Macam tu juga lelaki, pasangannya dengan perempuan.

Yang berbeza sifat, lebih baik. Lebih secocok. Lebih sepadan. Lebih melengkapi. (Ceh) So?

Takpe si lelaki kuat pemarah kalau jodohnya seorang perempuan yang penyabar.
Takpe si lelaki kuat cemburu kalau jodohnya seorang perempuan yang pandai jaga diri.
Takpe si lelaki pendiam kalau jodohnya seorang perempuan yang suka membebel.
Takpe.. Takpe.. Takpe..

Takpe si perempuan kuat merajuk kalau jodohnya seorang lelaki yang suka memujuk.
Takpe si perempuan tak pandai memasak kalau jodohnya seorang lelaki yang boleh ajar dia memasak.
Takpe si perempuan jahil tentang ilmu kalau jodohnya seorang lelaki yang mampu membimbing.
Takpe semuanya takpe..

Bila ada beza, itu lah yang buat ianya saling melengkapi.

p/s : Aku ada banyak kekurangan. Semoga ada yang sudi membimbing. 

KISAH TULANG RUSUK KIRI.

Assalamualaikum ♥

.................................................................................................................................................................

Masa aku remaja,
Lepas dengar cerita Adam Hawa,
Ada satu pertanyaan dalam diri aku,
Aku ni tulang rusuk kiri siapa? 

Rupa dia macam mana? 

Tinggi ke rendah?
Kurus ke gempal?
Cerah gelap?
Hensem buruk?
Puas aku bayangkan..

Impikan lelaki rupawan, 
Konon nak yang hensem mcm hindustan. 

.................................................................................................................................................................

Bila usia dah menganjak dewasa, 
Masa masih menuntut di menara,
Timbul balik soalan yang sama, 
Aku ni tulang rusuk kiri siapa? 

Macam mana hartanya?

Dia pakai motor ke kereta?
3310 ke Iphone?
Selipar cikai cikai aje atau Adidas? 
Miskin kaya? 
Puas aku cari..

Impikan lelaki hartawan,
Konon nakkan yang punya harta keliling pinggang.

.................................................................................................................................................................


Bila akhirnya fikiran makin matang,
 Saat aku dah mula sendiri berusaha kerja,
Tanya lagi buat sekian kali, 
Aku ni tulang rusuk kiri siapa? 

Macam mana akhlaknya?

Malas atau rajin?
Baran atau sabar?
Dungu atau pintar?
Jahat atau baik? 
Puas aku berdoa..

Impikan lelaki budiman, 
Nakkan seorang lelaki beriman. 

Aku tanya lagi pada diri..
Aku nak jadi tulang rusuk kiri siapa?

Penting ke RUPA? 
Cukuplah yang sedap di mata, 
Penting ke HARTA? 
Cukuplah yang mampu menyara, 
Penting ke IMAN? 

Terdiam aku kejap. 

Mula cermin diri sendiri, 
Macam tak layak untuk disunting pencinta Ilahi, 
Lemahnya rasa diri ni, 
Penuh dosa, layak dicaci.

Macam mana kalau pemilik tulang rusuk ini tahu?
Betapa hinanya si rusuk kiri?
Mesti dia menyesal.

.................................................................................................................................................................


Aku tanamkan azam, 
Tuhan masih bagi aku peluang,
InsyaAllah berusaha membaiki diri, 
Untuk melayakkan diri pada yang terbaik. 

Semoga pemilik tulang rusuk kiri, 
Akan bahagia bersama aku di dunia dan di akhirat nanti. 


Amin.. Amin.. Amin ya Allah ♥

KENAPA PEREMPUAN NAMPAK CANTIK BERTUDUNG?



Bismillahirrahmanirrahim.. ♥


Jawab Yasmin . . .


1. Sebab dia nak tutup aurat..

2. Sebab dia nak jaga maruah..

3. Sebab dia cantik..

4. Sebab dia taknak tunjuk kecantikan dia..

5. Sebab dia seorang yang pandai..

5. Sebab dia anak solehah..

6. Sebab dia dengar cakap mama ayah dia..

7. Sebab dia hormat dekat orang lain..

8. Sebab takut bila dia tak pakai tudung nanti orang tgk dia cantik.. Pastu ada niat yg tak baik.

9. Sebab taknak diminati ramai sangat lelaki..

10. Sebab taknak menyusahkan orang lain..

11. Sebab nanti dia dapat pahala..

12. Sebab dapat menghindari maksiat..

13. Sebab supaya dpt jadi contoh pada perempuan lain..

14. Sebab supaya lelaki yg beriman je yg suka dia..

15. Sebab dia dengar suruhan nabi...

16. Sebab rambut perempuan adalah mahkota baginya..

17. Sebab dapat mengurangkan nafsu lelaki..

18. Sebab patuh pada suami..

19. Sebab dia taknak rambut dia ditarik, digantung dgn bara2 api dan dibakar dgn dasyat kat akhirat kelak.

20. Sebab... Ermmm, kalau ikutkan memang banyak sebabnya.. Tak terkira.

Jadi, sayang sayang nak nampak cantik tak?


Jom kita bertudung! ♥ (^__^)

KENAPA SUSAH NAK LUPAKAN?

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ni, jiwa aku jadi kacau. Ribut tsunami hujan lebat semua tempias pada bahu aku. Berat sangat. Entah kenapa pun aku tak pasti. Mungkin dosa yang terlalu banyak. Atau aku dah terlalu sakitkan hati banyak orang. Atau aku terlalu fikirkan karenah karenah mak mak datin dekat tempat kerja aku? Atau aku.. Aku.. Arghh, ya Tuhan (-__-)

Semalam aku ada post satu ayat dekat FB. Maaf, aku post masa tu betul betul based on apa yang terlintas dekat kepala aku. Post pun guna phone. Malas nak buka laptop. Dan kalau perasan, aku dah delete pun. Ahaksss.

“Bukan senang.. Utk berubah hati pada orang lain.. Bila kita dah betul2 ikhlas sayangkan yang lama”

Betul tak korang korang rasa? Ke, aku sorang je yang rasa macam tu? Mungkin betul. Mungkin tak. Jom kita sharing sharing! Aku pernah tanya dekat sorang kawan.

“Awak.. Kenapa ye kita susah sangat nak lupakan orang yang kita sayang, padahal orang tu senang senang je cari cinta baru?”

Jawapan kawan,

“Mungkin masa kita bercinta dengan dia, kita dah terlalu jauh dengan Tuhan. Kita terlalu sayangkan dia, melebihi dari rasa sayang kita pada Allah. Sebab tu kita susah nak melupakan. Dan si dia pula, senang2 cari yang lain.. Sebab mungkin dia rasa sepi dan takboleh nak sendiri, dan tak biasa hidup sendiri. Dia perlukan teman, dan sebab tu dia mudah utk cari yang baru. Dia takkan tunggu kita. Jadi, kita redhakan aje. Doakan dia bahagia dgn cinta yang baru.”

And another friend told me,

“Kalau betul memang dia jodoh kita, kita lepaskan lah macam mana pun.. Dia akan balik semula pada kita, dia akan setia pada kita, dia akan pegang janji yg lama.. But once we let him go, then he found another girls, means dia bukan jodoh kita. Jadi lupakan”

Gluppp. Tertelan jugak lah air liur aku time tu. Mungkin.. Mungkin betul apa yang kawan tu cakap. Masa becinta, kita lupa semua tu. Ye, kita solat. Ye, kita mengaji. Ye, kita puasa. Ye, kita buat baik pada ibubapa. Ye, kita buat semuanya. Tapi kita lupa. Kita lupa satu benda. Kita lupa pasang benteng besar untuk pastikan cinta kita pada manusia, tidak melebihi dari cinta kita pada Tuhan. Mungkin.. Mungkin itu sebabnya.

Huhh.. *sigh*

Oh…. Baru aku tahu. 

SEBULAN HILANG.

Assalamualaikum.

Err...

Hello..?

Hello..?

Anybody at home..?

Hahaha spechless lah. Tak tahu nak cerita apa ni adoiyai.

Actually teruja sangat sangat sebab at last dapat jugak aku berblogging setelah sekian lama tinggalkan benda alah ni. Jauh sudut hati, aku nak sangat aktif blogging macam dulu. Happy happy macam dulu. Blog penuh dengan bunga bunga perh perh. But now, it just a different situations. Tak boleh nak gambarkan by typing error. Hati aku dah tawar nak berblogging. Gula habis, garam dah mahal, ajinamoto tak elok. Dan.. aku start merepek (motif?)

Sebulan aku hilang, bukan kena culik bukan kena sorok bunian apa lagi aku kahwin lari dengan mamat mamat lombok. Bukan ya, sekiranya anda berfikiran begitu, maksudnya anda tersangat sangat lah tersalah tafsir. Sebab aku kerja. Kerja aku bukan macam kerja orang lain. Kerja aku tak susah. Kerja aku cuma tiap hari asik kena get ready nak kena maki dengan customer aje. Aku tak tahu kenapa. Dalam banyak banyak mall yang aku pergi, dekat tempat kerja aku juga lah yang customer dia agak agresif. Arhh, mencikkkk.

But, Allah dah aturkan semuanya. Mulanya memang pahit. But manis juga at last nya :-)

Aku dah berhenti. Berhenti dari Cashiering Department. Kelmarin merupakan last day aku. Aku dah dapat tawaran jadi Kerani Akaun dekat company Zhulian (lokasi dirahsiakan) Alhamdulillah interview aku tempoh hari diterima. Aku tak sangka sebenarnya. Sebab, aku ni dah lah macam sememeh sememeh aje. Zhulian ni yang aku tahu dulu satu company jual barang perhiasan. Tapi masa aku datang interview dekat company dia, dah bekembang maju aku tengok. Ada makanan makanan untuk kecantikkan, susu diet, losyen kecantikkan and macam macam lagi. So kiranya aku nak cakap yang aku pun kena jadi cantik jugak ah ni kerja dekat situ? Oh Ya Tuhan...


Kalau tanya tentang kesihatan aku. Alhamdulillah aku sihat. Tak ada demam, tak ada selsema, tak ada batuk. Pokoknya, aku sihat walafiat alhamdulillah. Dan kalau tanya soal hati, aku nak jawab terlalu sihat pun tidak. Terlalu sakit pun tidak. Pokoknya, aku mencuba. Cuba untuk melupakan. Cuba untuk tak mengingatkan. Dan yang paling penting, aku cuba untuk meredhakan..

InsyAllah :-)

JARAK ANTARA DUA HATI.

Assalamualaikum. Jom share something pagi ni :-)

-----------------------------------------------------

One day, seorang cikgu bertanya pada muridnya,

“Kenapa masa seseorang tu marah, dia mesti menjerit jerit dekat orang yang dia marah tu?”

Sorang murid yang dah kira lama berfikir lantas menjawab,

“Emmm, sebab dia dah geram sangat. Tu yang jerit kuat kuat tuuu”

“Tapi....” 

Cikgunya tanya lagi..

“Orang yang dia marah tu dekat je dengan dia. Tak jauh pun. Kenapa perlu nak terjerit jerit pulak?”

Almost all of the answers be given by the murid was logically *menurut diorang*. But no ones yang dapat jawab and puaskan hati cikgu tu. 

Then the cikgu said, 

“Semasa dua orang sedang berada dalam keadaan yang marah, jarak antara hati dorang sangat jauh even luaran dan jasad dekat aje sebenarnya. Sebab tu, diorang menjerit jerit bila bercakap.
Yang peliknya, semakin diorang menjerit,, semakin jadi marah pulak diorang and sendirinya jarak hati antara diorang jadi lebih lebih jauh lagi. Sebab tu diorang terpaksa menjerit lebih kuat and keras lagi (-____-)"

Si guru meneruskan keterangannya

“Sebaliknya, apa yang terjadi pada dua orang hati yang sedang jatuh cinta? ♥ ♥
Mereka tak menjerit-jerit, mereka berborak bercakap dengan perlahan. Even perlahan, mereka masih dapat dengar and faham dengan jelas (^__^)"

"Mengapa macamtu?” Si cikgu tanya sambil perhatikan gelagat anak murid-muridnya.

Mereka kelihatan berfikir panjang namun tiada seorang pun yang berani memberikan jawapan.

“Sebab hati mereka begitu dekat, hati mereka tak berjarak. Sepatah kata pun tak perlu diucapkan. Sebuah pandangan mata saja cukup membuat mereka memahami apa yang ingin mereka sampaikan.”

                                           ----------------------------------------------------- 

P/S : Bila kita tengah marah, jangan lah bagi peluang pada hati kita untuk ciptakan jarak. Lebih lebih lagi mengucapkan kata yang mendatangkan jarak antara hati kita. Disaat itu belaku, diam adalah jalan yang terbaik. Sebab hanya dengan sedikit waktu, InsyAllah ianya dapat membantu kita untuk menyelamatkan hati  dari membenci dan dibenci :-)