NAK CERITA SIKIT, BOLEH? :-)

Bismillahirrahmanirrahimmmmmmmmmmm.

Dan . .

Assalamualaikum semua :-)


Gadis yang poyo cun dekat gambar atas ni, namanya Yasmin.

Dia tak lah berapa cun sebenarnya.

Namun diatas doa kawan2 nya yang baik hati.

Selalu puji dia cun.

Maka Allah kabulkan doa mereka.

Jadi cun lah gadis tersebut.

Dia seperti gadis-gadis yang lain juga.

Punya mata.

Punya hidung.

Punya segalanya.

Alhamdulillah.

Dia patut bersyukur.

Ye, itu semua hanyalah pinjaman.

Dari Allah.

Untuk dia.

Dulu masa kecik, dia ni cengeng orangnya.

Mama dia marah sikit, merajuk.

Marah sikit, merajuk.

Satu aje tempat dia bergantung masa kecik.

Ayah.

Ubat dia masa merajuk, cuma ayah.

"Ayah, mama marah :-("

"Iye? Meh babap mama meh"

Lalu si anak kecil tersenyum.

Dan tidak lagi menangis.

"Sayang ayah"

Bila meningkat remaja.

"Ma, macam mana ek nk siang ikan?"

"La anak dara sorang ni, siang ikan pun tak reti. Macamni ha"

Lalu hubungan mereka rapat.

Segala masalah si mama lah tempat diluahkan.

"Sayang mama"

Si gadis ini juga seorang yang pemalu.

Dan ye.

Dia pemalu.

Mungkin kawan kawan sekolej dengannya.

Akan terkekeh kekeh baca.

Dan bacalah ini wahai kawan2 si gadis.

Rasa sayangnya terhadap kawan2.

Cuma Allah yang tahu.

Semoga doa sentiasa mengiringi kejayaan kawan2nya.

Dan . .

Bagi kawan, si gadis ni semestinya bukan lah seorang pemalu.

Boleh jadi dia banyak cakap.

Boleh jadi dia banyak gelak.

Boleh jadi dia banyak gurau.

Boleh jadi dia banyak mengusik.

Tapi jauh disudut hati si gadis.

Ada 1001 rasa malu.

Yang memang lumrah kejadian Hawa.

Ramai yang fikir, si gadis ni tentulah tersangat sangat bertuah.

Cantik.

Comel.

Cun.

Dah lah manis, baik pulak tu (=.=)

Perfect.

Pokoknya sempurna.

Namun mereka mungkin terlupa.

Tidak ada satu manusia pun yang sempurna.

Begitu juga si gadis.

Walaupun si gadis tahu.

Apa yang dikatakan oleh mereka.

99% daripadanya adalah benar.

Namun si gadis sedar.

Masih banyak yang perlu dipelajari.

Masih banyak yang perlu diisi.

Masih banyak yang perlu dibukti.

Dia tidaklah sesempurna yang disangka.

Kadang lemah juga berlawan dengan nafsu dunia.

Kadang menitis juga airmata atas sebab yang entah apa2.

Kadang mulut lancang juga menyakitkan hati saudari saudara.

Maafkanlah si gadis ini, ya?

Meskipun begitu.

Dia masih memegang kuat cita2nya.

Utk berbakti pada agama.

Untuk buat mama ayah bangga.

Untuk buat kawan2nya bahagia.

Dan . .

Untuk jadi seorang gadis solehah.

Untuk jadi anak yang solehah.

Untuk jadi muslimah yang solehah.

Walaupun masih jauh utk dia capai gelaran tu.

Sekurang2nya dia jadi yang lebih baik.

Dari yang sebelum.

Dan harini.

Genap lah usia si gadis.

Yang dulunya cengeng.

Kuat merajuk.

Poyo cun.

Dan sebagainya.

Telahpun genap 21tahun.

Kerana Allah sayangkan si gadis.

Allah pertemukan lagi buat kali ke 21.

Untuk si gadis, dengan 29 september.

Dan itu bermakna.

Allah masih beri peluang pada si gadis.

Untuk terus capai cita2nya.

Untuk jadi wanita solehah.

Dunia juga akhirat.

Dan dengan ini, mohon pada semua yang membaca.

Tolong doakan si gadis ini.

Semoga terus dipeliharakan hatinya.

Semoga terus istiqomah.

Dan . .

Semoga solehah.

:-)


"Dan DIA pertemukan lagi buat kali ke 21, aku, dengan 29 september. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah"


7 comments:

Nurul Lyana Kz said...

terharu sangat bila membacanya..
selamat hari jadi yg ke 21 min.
semoga apa yg dihajatkan dan diharapkan menjadi kenyataan. amin~ ;)

Ina Hafid said...

nice entry. Hepy bday min :)

Nur Jumiatul Hidayah said...

sanah helwah ukhti yasmin yg jumi syg kerana Allah.

semoga semuanya diperkenankan Allah,
dgn mudahnya,
dek kerana amalan yang berterusan, ikhlas,
dan semestinya, semua dilakukan
diniatkan kepadaNya.

<3 akak sayang, selamat mendekati mati,
selamat menambah amalan untuk Hari Yang Pasti Menanti :)

cinta akak lillahitaala.

sharizan hisham said...

saje merayau bthen baru perasan dah terlepas.. btw, will wish u in ur islamic birthday.. inshaAllah...

20 Rabi'al-Awwal

Ana Farhana said...

sukaaa :))

bukanretis said...

hapy belated burpday ;)

wisata outbound malang said...


Nice blog :)
salam kenal sobat :)
bagi - bagi motivasi
semoga bisa jadi semangat
Senyuman adalah sedekah yang indah, karena dengan sedekah senyuman, manusia takkan pernah merasa berhutang apa-apa dan tak kan membuat orang lain merasa terhina
ditunggu kunjungan baliknya yaa :) terima kasih ....