"PERBEZAAN" BUAT KITA SALING MELENGKAPI.

Perbezaan yang macam mana?

"Erm, scroll bawah dulu ya" 

(-__________-)

Ehem. Dan assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Malam, pasangannya siang.
Langit, pasangannya laut.
Gula, pasangannya garam.
Pensel, pasangannya pemadam.

Pada mata kasar, memang pasangannya tak sama sifat. Bukti?

Malam gelap. Siang terang (kecuali hujan)
Langit sangat-sangat lah tinggi ke atas. Laut subhanallah dalamnya ke bawah.
Gula rasanya manis. Garam masin.
Pensel wujud utk melakar menulis melukis. Pemadam tugasnya utk memadam.

Kan lain? Ehem,
Macam tu juga lelaki, pasangannya dengan perempuan.

Yang berbeza sifat, lebih baik. Lebih secocok. Lebih sepadan. Lebih melengkapi. (Ceh) So?

Takpe si lelaki kuat pemarah kalau jodohnya seorang perempuan yang penyabar.
Takpe si lelaki kuat cemburu kalau jodohnya seorang perempuan yang pandai jaga diri.
Takpe si lelaki pendiam kalau jodohnya seorang perempuan yang suka membebel.
Takpe.. Takpe.. Takpe..

Takpe si perempuan kuat merajuk kalau jodohnya seorang lelaki yang suka memujuk.
Takpe si perempuan tak pandai memasak kalau jodohnya seorang lelaki yang boleh ajar dia memasak.
Takpe si perempuan jahil tentang ilmu kalau jodohnya seorang lelaki yang mampu membimbing.
Takpe semuanya takpe..

Bila ada beza, itu lah yang buat ianya saling melengkapi.

p/s : Aku ada banyak kekurangan. Semoga ada yang sudi membimbing. 

2 comments:

Secrets of A Teenage Girl said...

setiap manusia itu ada kekurangan sebab itu Allah ciptakan sesuatu berpasang-pasangan untuk kita saling melengkapi...

yasmin, ingay lg x siapa ni? hehe ;)

ijan said...

:)