2012 TILL 2013

Assalamualaikum.

Disebabkan dah lama tidak menghapdet. (Nak hapdet je ada kerja. Nak hapdet je mama panggil. Nak hapdet je ada je halangan) Jadi aku berfikir untuk satukan semuaa cerita yang aku nak cerita dalam satu entry. Hebat tak hebat?



Tadaaaaa. Comel tak ketam tu? Kahkahkah. Yang perempuan comel-pegang-anak-ketam itu bukan aku tapi Kak Syamila. Kakak berukuran tinggi yang pertama aku pernah jumpa. Ye betul dia sangat tinggi dan ciyomel. (Yang kedua Kak Fuza my dear bos pun sangat tinggi ke aku yang makin pendek?) Dan InshaAllah she will be my sister in law soon. Err my brother's wife. Weettwiiitttt nak tawen dah semorang foine foine.


Dah gemok dah anak Mama Ayah ni (-__-) Ceritanya kalau Abang dengan Kak Syamila dating memang kami (aku dan adik adik kakaka) memang wajib ikut. Menyibuk menyibuk tu dah jadi perkara biasa dah bagi kami adik beradik. Untung lah kan pernah sekali tu dalam sehari bertempat-tempat kita g kan Kak kan. Sampai kereta Abang betri habis pun kita pernah tolak kat tengah-tengah jalan. Bulan puasa pulak baru habis shoping dekat Jalan TAR kakakah. Aku ni pun bukan jenis kaki rayap. Dah Abang ajak, comfirm aku takkan lepaskan peluang keemasan.


Siapa kenal perempuan misteri bertudung merah ini? Teneneneneeeeyyy. Please jangan sebut "ipar-ipar" lagi okay please sensitip! Kakaka. Sorry Min, hajat kita untuk beripar-ipar tidak kesampaian. Biarlah kenangan lama itu terus menjadi kenangan yang terindah dalam hidup kita berdua. Perasaan kasih sayang akak tetap sama seperti dahulu semasa mula mula kita bertemu Min. Trust me. (Ayat takleh nak blaa lagi?)


Sebelum balik aku belikan Big Apple suh dia makan dekat hostel. And she was like "Alaaa akakkkk (pegang-pegang tangan malu) Bagitahu ayah.. Bagitahu ayah" Hahaha so cute lah Yasmin ni!! Pasni jangan serik keluar dengan akak lagi tau tau tau :->


Aku memang sibuk sikit sejak kerja. Cuti pun sekarang dah dua minggu sekali. Cuma minggu ni je lah tak sangka cuti mengejut sekali 4 hari bederet aku rasa macam dah taktahu jalan nak pegi kerja dekat mana dah (pardon me). Jadi, aku minta maaf sebab kemungkinan besar aku dah jarang menghapdet blog ni. Plus memang dah takde idea nak hapdet apa.

Aku memang betul-betul rindu masa zaman belajar dulu. Rindu woi rindu woi woi woi (sesuka panggil woi). Kalau lah aku boleh ulang balik masa. 18 tahun, 19 tahun, 20 tahun, 21 tahun.. Aaarhhh banyak betul yang nak aku alter (boleh pulak). Tapi, nak buat cemana. Apa yang baik, kita teruskan perbaiki ke arah yang lebih baik. Apa yang kurang baik, kasi lebih baik. Apa yang tak baik langsung, jangan buat pape. Buang jauh-jauh. Biar sama-sama cemerlang. Usaha cemerlang, Tawakkal pun cemerlang. Jangan usaha je lebih kata dah usahalah itulah inilah. Dah kau taknak berdoa sombong, memang tak aahh Tuhan nak kabulkan kan? Sama-sama lah ek. InshaAllah :-)


Konvo nanti jangan lupa datang KUIS untuk bagi bunga dekat saya!
*pesan awal-awal*

Wassalam.

5 comments:

Ana Farhana said...

naampak sangat happy.. sukaa :)

yasminrosalan said...

hehe alhamdulillah. lama tak berbloging so excited sikit :D

Nurhanisah (Anis Artslife) said...

lamanya xberblog... :)

ijan said...

seronok nampaknye tu.. ^_^

twinscraftlife said...

안녕하세요~hi we are twinscraflife! We sell handmade products such as phone cover, ear plug, pouch, bag, bookmarks! All are very unique and are customizable^^ 감사합니다~ please visit us at http://twinscraftlife.blogspot.com/