KENAPA SUSAH NAK LUPAKAN?

Assalamualaikum.

Dua tiga hari ni, jiwa aku jadi kacau. Ribut tsunami hujan lebat semua tempias pada bahu aku. Berat sangat. Entah kenapa pun aku tak pasti. Mungkin dosa yang terlalu banyak. Atau aku dah terlalu sakitkan hati banyak orang. Atau aku terlalu fikirkan karenah karenah mak mak datin dekat tempat kerja aku? Atau aku.. Aku.. Arghh, ya Tuhan (-__-)

Semalam aku ada post satu ayat dekat FB. Maaf, aku post masa tu betul betul based on apa yang terlintas dekat kepala aku. Post pun guna phone. Malas nak buka laptop. Dan kalau perasan, aku dah delete pun. Ahaksss.

“Bukan senang.. Utk berubah hati pada orang lain.. Bila kita dah betul2 ikhlas sayangkan yang lama”

Betul tak korang korang rasa? Ke, aku sorang je yang rasa macam tu? Mungkin betul. Mungkin tak. Jom kita sharing sharing! Aku pernah tanya dekat sorang kawan.

Awak.. Kenapa ye kita susah sangat nak lupakan orang yang kita sayang, padahal orang tu senang senang je cari cinta baru?

Jawapan kawan,

“Mungkin masa kita bercinta dengan dia, kita dah terlalu jauh dengan Tuhan. Kita terlalu sayangkan dia, melebihi dari rasa sayang kita pada Allah. Sebab tu kita susah nak melupakan. Dan si dia pula, senang2 cari yang lain.. Sebab mungkin dia rasa sepi dan takboleh nak sendiri, dan tak biasa hidup sendiri. Dia perlukan teman, dan sebab tu dia mudah utk cari yang baru. Dia takkan tunggu kita. Jadi, kita redhakan aje. Doakan dia bahagia dgn cinta yang baru.”

And another friend told me,

“Kalau betul memang dia jodoh kita, kita lepaskan lah macam mana pun.. Dia akan balik semula pada kita, dia akan setia pada kita, dia akan pegang janji yg lama.. But once we let him go, then he found another girls, means dia bukan jodoh kita. Jadi lupakan”

Gluppp. Tertelan jugak lah air liur aku time tu. Mungkin.. Mungkin betul apa yang kawan tu cakap. Masa becinta, kita lupa semua tu. Ye, kita solat. Ye, kita mengaji. Ye, kita puasa. Ye, kita buat baik pada ibubapa. Ye, kita buat semuanya. Tapi kita lupa. Kita lupa satu benda. Kita lupa pasang benteng besar untuk pastikan cinta kita pada manusia, tidak melebihi dari cinta kita pada Tuhan. Mungkin.. Mungkin itu sebabnya.

Huhh.. *sigh*

Oh…. Baru aku tahu. 

9 comments:

iyka zulaika said...

yup setuju dengan apa kawan yasmin ckp tu :)

yasminrosalan said...

just sharing (^__^) betul kan kan :)

Nadiah Yaya said...

yasmin :))
sabar ye sayang...tp cerita nadiah lain pulak dgn min..jeng jeng jeng

yasminrosalan said...

ehemmm.. cerita apa ya? jom share! :-)

Ruzzezanie said...

yep! setuju..

jodoh tu rahsia Allah, Dia temukan kita dengan yang lama sebagai contoh untuk menjadi penerangan yg lebih baik mengapa bakal hubungan akan datang lepas ni nampak seperti berwaspada dan terpelihara. kerana kita dah letak benteng besarrrr sebagai wall. :)

* mudah-mudahan akan datang pada jasmin jodoh dari kalangan lelaki yang baik. amin~

ijan said...

^_^.. inshaAllah.

atyyah amran said...

amin :')

nidd said...

Insyaallah...Ada jDoh x kemana. Cuma kte perlu banyk berusaha, berdoa n tawakal kpd Allah.. So kte perlu sabar degan dugaan n jgn sesekali cepat putus asa. selagi Kita Ingat Allah, Insyaalah Allah akn tlog kte n igat kter...Berusaha yer yasmin...:) smoga brjaya di dunia n akhirat...amin...;)

EsPiRaNza GurLz said...

"Kita lupa pasang benteng besar untuk pastikan cinta kita pada manusia, tidak melebihi dari cinta kita pada Tuhan."-the best reminder ever. ^^,