SEBULAN HILANG.

Assalamualaikum.

Err...

Hello..?

Hello..?

Anybody at home..?

Hahaha spechless lah. Tak tahu nak cerita apa ni adoiyai.

Actually teruja sangat sangat sebab at last dapat jugak aku berblogging setelah sekian lama tinggalkan benda alah ni. Jauh sudut hati, aku nak sangat aktif blogging macam dulu. Happy happy macam dulu. Blog penuh dengan bunga bunga perh perh. But now, it just a different situations. Tak boleh nak gambarkan by typing error. Hati aku dah tawar nak berblogging. Gula habis, garam dah mahal, ajinamoto tak elok. Dan.. aku start merepek (motif?)

Sebulan aku hilang, bukan kena culik bukan kena sorok bunian apa lagi aku kahwin lari dengan mamat mamat lombok. Bukan ya, sekiranya anda berfikiran begitu, maksudnya anda tersangat sangat lah tersalah tafsir. Sebab aku kerja. Kerja aku bukan macam kerja orang lain. Kerja aku tak susah. Kerja aku cuma tiap hari asik kena get ready nak kena maki dengan customer aje. Aku tak tahu kenapa. Dalam banyak banyak mall yang aku pergi, dekat tempat kerja aku juga lah yang customer dia agak agresif. Arhh, mencikkkk.

But, Allah dah aturkan semuanya. Mulanya memang pahit. But manis juga at last nya :-)

Aku dah berhenti. Berhenti dari Cashiering Department. Kelmarin merupakan last day aku. Aku dah dapat tawaran jadi Kerani Akaun dekat company Zhulian (lokasi dirahsiakan) Alhamdulillah interview aku tempoh hari diterima. Aku tak sangka sebenarnya. Sebab, aku ni dah lah macam sememeh sememeh aje. Zhulian ni yang aku tahu dulu satu company jual barang perhiasan. Tapi masa aku datang interview dekat company dia, dah bekembang maju aku tengok. Ada makanan makanan untuk kecantikkan, susu diet, losyen kecantikkan and macam macam lagi. So kiranya aku nak cakap yang aku pun kena jadi cantik jugak ah ni kerja dekat situ? Oh Ya Tuhan...


Kalau tanya tentang kesihatan aku. Alhamdulillah aku sihat. Tak ada demam, tak ada selsema, tak ada batuk. Pokoknya, aku sihat walafiat alhamdulillah. Dan kalau tanya soal hati, aku nak jawab terlalu sihat pun tidak. Terlalu sakit pun tidak. Pokoknya, aku mencuba. Cuba untuk melupakan. Cuba untuk tak mengingatkan. Dan yang paling penting, aku cuba untuk meredhakan..

InsyAllah :-)

7 comments:

bukanretis said...

ya ya ! saya ada ni ! haha.selamat aktif balik ye? :)

Nur Jumiatul Hidayah ♥ said...

:')

iyka zulaika said...

gudluck :)

yasminrosalan said...

@bukan retis.. insyllah saya aktif semula lepas ni (^___^)

yasminrosalan said...

@jumi.. sayangg jumi sangat2 :')

yasminrosalan said...

@iyka.. thank you!!! :-)

Nadiah Yaya said...

min jgn nagis taw...hehehe biasa la tu kehidupan...stu hari nnt mst akn dtg manisnya