27 MEI 2012

Assalamualaikum :-)


Haaa tu dia gambar gedabak besaq ceq upload. Amboi kau min. Loghat utagha teruih. Hahahaha. Maaf, maaf. Kembali ke bentuk asal ye. Semalam hari ahad. Bersamaan 27 Mei 2012. Alhamdulillah aku sihat. Alhamdulillah aku happy. And, alhamdulillah juga sebab semalam aku cuti. Hari ahad aku cuti. Cuti kot. CUTI!! Hahaha ni namanya batak cuti ahad. Maaf, aku dah lama tak bercuti hari ahad. Sebab tu macamni.


Berbalik kepada apa yang nak aku sampaikan. Aku keluar semalam. Aku keluar dengan family. Oh ya lupa, kenalkan, ini adik aku. Yashoota namanya. Yashoota? Are you sure? 

Ada mama, ada ayah, ada adik adik, ada abang.. Dan.. Ehemmmm.


Bukan boypren, bukan pakwe, bukan kekasih, bukan bakal suami, bukan bukan bukan. Semuanya bukan. Itu gambar cuba diperhati. Yang dekat belakang. Manisnya kan? Abaikan gambar yang dihadapan. Sila fokus pada yang belakang. Sister-In-Law to be. InsyaAllah :-)


Kami ke Bukit Cerakah, Shah Alam. Jalan-jalan kat sana. Ehem. Jalan-jalan lah sangat. Lebih tepatnya, kami main basikal kat sana. 


Amik sorang satu basikal ye. Kita main ramai-ramai. Hoyeah hoyeahh.


Olololo comelnya dia main basikal. Hehe. Sayang akak :*


Masa ni jalan membukit. Memang lenguh lah kaki. Nak setting gear ringan, tak reti pulak aku. Nampak sangat tak pernah amik tahu pasal basikal ek? Haha dah biasa sangat drive kereta. *Uuuuu tangan dibahu*


Wahh budak poyo ni. Tolak je kak? Tak naik sekali ke? Mesti soalan-soalan seperti itu sedang bermain di minda anda semua di saat ini bukan? Uiih, please ek..




Eh? Macam mana gambar ni boleh ada dekat sini?

Lepas puas berbasikal, kami pergi Taman Iklim pulak. Dekat situ ada macam satu rumah yang dalamnya ada banyak bunga. Sejuk pulak tu. Ada air-cond. Kira puas lah lepas penat lelah naik turun bukit dengan basikal. Berpeluh-peluh (dah lah baju hitam) and bila masuk je rumah tu, sejuk je. Ya Tuhan.. Nikmatnya sejuk bila dah rasa panas terik kan? Nikmatnya panas, bila kita rasa gigilnya sejuk. Huh TERberfalsafah pulak ye aku kat sini.


Before that, kita nak juga bagi peluang dekat mama ayah tangkap gambar dengan bakal daughter-in-law nya kan kan kan.. Hehehe. Eh eh, aku pulak yang rasa macam over. Excited nak dapat kakak ipar sebenarnya, InsyaAllah (^__^)




Yashota dan Yasmin.
(Perlu ke letak nama Yashota tu?)


Bajet #1


Bajet #2



Sayang mama.. Sayang ayah.. :*

Tak sampai setengah jam dekat Rumah Iklim, kami jadi separuh beku. Tak tahan sejuk. Kami keluar. Keluar dan terus capai basikal masing-masing. Jom naik basikal dekat luar sana lagi jom. Tapi sebelum tu..


Sempat.. (-___-)


Wah.. Banyak lagi rupanya gambar yang ada. Dah macam gambar dekat oversea pulak rasa. Orang tak cukup modal nak ke oversea macam ni lah. Huhu. Apapun, terima kasih. Syukur sebab Allah kurniakan family yang sangat sangat memahami. Terasa sangat sangat disayangi. 

Alhamdulillah, Allah :-)