TEMPOH HARI.

Assalamualaikum.

Tempoh hari aku pergi tesco bersama housemate. Satu bilik ada 3orang. Jadi aku, Farahin, dan juga KakLin comfirm lah kan. Yang satu lagi lain bilik. Nisa. Kami pergi sana dengan tujuan dan matlamat yang satu dan memang itulah sebenar benarnya tujuan. Untuk beli telur.

Sesampai sana, mata terus melilau memandang ke arah baju bajuan. Ceiit. Tangan aku mula gatal. Garu garu seakan akan seperti mahunya duit hilang bila bila masa saja bermula dari jam itu. Tapi, tetap gagahkan diri untuk mencari satu satunya haluan tuju kami. Iaitu telur. Jadi kami ketempat telur.

Pekerja Tesco Lelaki : Adik! Adik!


Aku : (Pandang kiri pandang kanan) .. urgh?


Pekerja Tesco Lelaki : Adik!!


Aku : (Siapa pulak panggil ni. Mustahil lah kalau telur yg panggil) 


Pekerja Tesco Lelaki : Adik sini dik!!


Aku : (Pandang bawah. Eh? Orang rupanya yang panggil fuhh)


Risau juga kalau kalau aku tak sedar yang aku ni dah gila. Tapi, alhamdulillah tidak. Aku masih waras.


Pekerja Tesco Lelaki : Adik, kirimsalam sama kakak itu! (sambil menunjuk ke arah KakLin)


Aku : (Blur..) Err.. (Pandang KakLin) Akak.. Ada orang kirimsalam.


KakLin : (Buat muka tempoyak)


Pekerja Tesco Lelaki : (Tak puas hati terus dengan gentle nya pergi betul2 depan KakLin and menyatakan hasrat untuk bekenalan) Hye.. Saya nak kenal awak boleh?


Aku, Farahin, Nisa : (Tercengang tanpa membuka mulut yang besar. Hanya sedikit)


KakLin : (Masih dengan muka tempoyaknya)


Aku : (Pandang ke arah Lelaki tersebut dan..) Err, maaf ya, akak ni dah bertunang. Haram kacau tunang orang ni.


Pekerja Tesco Lelaki : Erkk. Dah bertunang ke? Kenapa tak bagitahu. Senyap je dari tadi mana lah tahu. Okay lah takpe. 


KakLin : (Masih lagi dengan  muka tempoyak)

Kami ambil telur, dan kenyataannya bukan telur sahaja. Kat kaunter pembayaran barulah sedar betapa banyak jugak barang yang kami beli. Dan aku masih tak faham kenapa KakLin buat muka tempoyak tanpa sepatah katapun yang terkeluar masa si lelaki tu becakap dgn dia? Aku takpuas hati.

Masa kat KFC aku memulakan interview santai bersama KakLin.

Aku : Akak.. Kenapa akak buat muka taktahu je tadi masa lelaki tu becakap dengan akak? Akak tak nampak ke dia berdiri depan akak. I means, betul betul depan akak?


KakLin : Lah.. Yeke. Mana akak tahu, KakLin ingatkan dia nak mengorat Min.


Aku : Pulak ~ (-___-)


KakLin : Entah lah. Mungkin sebab akak dah bertunang, akak tak nampak dah lelaki lain. 


Aku, Farahin, Nisa : Wahhhhh.

Dan aku lapar dan aku perlu habiskan ayam KFC dan aku harus stopkan interview tersebut dan sehingga hari ini aku masih tak faham.

Macamtu sekali ke rasa bila kita dah jadi tunangan orang?

4 comments:

Smilezurin said...

hehe , min bertunanglah dulu then bagi tahu yeen eh betul ke sampai begitu rasanya ? Haha ^^

yasminrosalan said...

hahaha insyllah. tapi rasanya err yeen dulu kot. yela.. dah dilamar kan? oupss :P

Ana Farhana said...

waaa.. rasa nk tgk k.lin mcm mna orgnye..heee

yasminrosalan said...

Haha cantik!! ayu sangatt. macam awk :DD