SUSAH KALAU TULISAN SENDIRI KITA TAK FAHAM.

Assalamualaikum.

Maaf lah satu hari ni aku tetiba rasa macam bermood mood untuk mengupdate blog aku yang dah semakin hitam warnanya kan? Kan. Aduh. Dimanakah blog yang color purple yang penuh dengan pengisian pengisian sweet mweet itu? Hilang sudah. Oh tidak. Bukan hilang. Cuma sudah bertransfom jadi lebih begini.

Maaf kalau tak faham.

Malam yang tenang. Malam yang dingin. Hujan. Sedapnya kalau tidur. Malangnya aku terpaksa mengemaskinikan segala nota mota Human Resources aku yang dah tersangat berterabur. Selesai solat, kemas katil kejap dan lantas duduk dikerusi yang taklah enak sangat. Kerusi hostel kan. Dah bersedia untuk mengemaskini?

Oh belum bersedia! Aku perlukan handphone dan earphone! Untuk mendengar lagu sambil mengemaskini nota. Okay dah amik phone dan pasang earphone. Pilih lagu dulu. Emmm. Lagu apa ya malam ni? Baiklah. Malam ni kita akan dengar lagu Cute Love. Ringtone mcg aku. Kenapa entah nak dengar lagu tu. Padahal 26saat je pun. Tak faham betul.

Berulang ulang aku dengar. Tanpa jemu.

Aku mula menggapai beberapa nota yang aku salin masa dalam kuliah. Memang aku jenis orang yang bilanya dalam kuliah, suka menyalin setiap apa yang dibentangkan oleh lecturer. Tak kisah lah sama ada dekat slideshow meskipun apa yang dibebelkan oleh lecturer. Disaat itulah aku merasa tangan dan telingaku sangat teruji.

Disebabkan tulisan aku yang macam cakar itik, aku takde pilihan lain melainkan salin nota buat kali kedua yang lebih cantik dah berwarna warni bila dalam bilik. Maaflah, masa dalam kuliah tu tak sempat aku nak salin cantik cantik penuh warna warni. Sedia maklum, lecturer aku bukan lah seorang yang gagap ataupun percakapannya lambat satu persatu. Mereka sangat cepat dan efisien. Jadi, kami sebagai student, haruslah alert dgn setiap apa yang diperkatakan oleh mereka dan wajib untuk mempelajari cara cara menyalin nota dengan laju. Aku? Memang fail lah kalau menulis laju ni.

*Jangan bayangkan macam mana bentuk tulisan aku*

Jadi, terhasillah tulisan aku yang sangat buruk. Lepastu tengok orang sebelah pulak. Eh eh. Lagi buruk. So, tak apa.

Disaat aku membaca semula apa yang telah aku salinkan semasa kuliah minggu lepas. Semakin berkerut kening aku membacanya. Berkerut bukan bermaksud aku sangat menghayati akan pengisiannya. Tetapi berkerut kerana mahu cuba memahamkan apa yang telah aku salinkan. MasyaAllah apa yang aku tulis? Tak faham satu pun. Yang aku nampak cuma bentuk love love sikit dan, kartun muslimah yang manis bertudung.

Semakin aku tak faham. Nota untuk subject apakah ini?

Aku pening. Aku pening. Aku capai choki choki kat tempat letak pencil aku. Makan choki dah macam gaya orang tension. Tapi aku masih tidak berputus asa. Sambil makan choki, sambil dengar lagu ringtone yang 26saat tu berulang ulang kali, sambil kening berkerut, arghhhh aku tension!!

Akhirnya aku pinjam nota member aku yang duduk bilik sebelah.

"Nisa, pinjam nota Human Resources kau jap"

Moral : Bila menyalin dalam kuliah, pastikan apa yang kita salin tu kita betul betul faham.

2 comments:

Ana Farhana said...

huhuhu.. nk tgk tulisan.. print screen skittt :P

yasminrosalan said...

takmoo!!! bweekkkk :PP